Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU....I LOVE U SO MUCH MAK...

Selesanya duk kat dalam ni, walaupun macam sempit tapi best sangat, selamat, nyaman sentiasa kene manje dan dibelai...kejap-kejap rasa lembut sangat kadang-kadang eh rasa mcam kasar pulak....yang pelik nya hari -hari rasa macam ader benda yang menyapu dan mengusap badan sayer ni....tenang sangat.. Lama jugak duk dalam ni, aderlah lebih kurang 9 bulan 10 hari lamanye..tup-tup pada 8 Julai 1982 hari Khamis, aku rasakan seperti aku ni meronta-ronta minta dilepaskan, aku seolah-olah dipaksa oleh suatu kuasa yang amat dahsyat, teriakan demi teriakan dapat ku dengari walaupun samar-samar, aduh sakitnya dia..seksanya..Kesian sangat, sedih ku mendengarnya...Yang aku ni walaupun X mahu ditarik2, dipaksa2, aku tetap terpaksa mengalah..akhirnya aku dilahirkan, aku berasa amat takut, X biasa dengan keadaan seperti ini, aku mahu dipeluk erat2....Tapi macamana aku boleh dilahirkan dan dapat melihat keindahan muka bumi ini, siapa pula yang menjerit-jerit kesakitan sebentar tadi..Ohhhh rupa2 nya dialah insan yang bernama Ibu....Insan yang begitu luhur hatinya dalam melahirkan ku, insan yang terpaksa bertarung nywa untuk memberikan ku peluang supaya dapat membesar dan bergelar anak kepada ibu dan ayahku....Aku dilahirkan dan dijaga oleh orang tua ku terutamanya Ibu sejak kelahiran ku hinggalah dewasaku, Tak pernah mengenal erti penat mahupun jemu dalam mendidik ku, walaupun susah dia sanggup berkorban dan berbuat apa sahaja agar anak2nya berjaya....Ohhh Ibu engkaulah permata hatiku, walaupun jarak memisahkan kita namun ibu sentiasa tetap di hati ku, setiap saat ku merinduimu....Ohhhh Ibu.....Terima kasih atas jasa perjuangan mu, terima kasih kerana mendidikku, terima kasih atas setiap doamu...Terima kasih atas segalanya, sesungguhnya setiap pengorbanan serta jasa mu tidak akan mampu ku bayar walaupun emas bergunung banyaknya....kerana tiada kasih yang mampu ku bayar semula....Kerana engkaulah insan yang benar-benar istimewa dalam hidupku....Terima kasih ibu....

No comments: