Sunday, May 10, 2009

Alahai Mat Rempit.....!!

Budak-budak zaman sekarang ni tak tahulah apa nak jadi, kenapalah ada segelintir diantara mereka ni yang suka sangat ukur jalan apa tu namanya tu, alah remp-remp ishhh payah nak sebut haaa rempit tttttt, ish banyak benda lain yang lebih berfaedah nak dibuat awatlah merempit jugak yang jadi pilihan….bukan setakat merempit saja banyak pulak hal lain yang dibuatnya, kalau elok takpa ini tidak ! lebih banyak yang tak baik daripada yang baik-baik niiii…..Nak kata ada yang buat baik pun rasanya tak berapa nak baik kot !! Untuk nak dijadikan cerita, dulu masa kecik-kecik cikgu suruh masuk lumba lari 200m tak nak, suruh main masuk acara olahraga pun tak nak, suruh mengaji apatah lagi, sekarang merempit jugak yang jadi pilihan hati, lagi bertambah kacau siap ader pakej tambahan meragutlah, aper lah, itulah, inilah, haiiii sedih rasanya anak muda yang tak menghargai masa dan kehidupan mereka sendiri…tapi yalah kan….membebel, membebel juga…tapi terkilan sebenarnya tengok keadaan yang sebegini yang mana ramai nya anak muda hari ini terjebak dengan perbuatan yang tidak bermoral seperti ini, mereka mungkin tak rasa malu kerana mereka yang melakukannya….tetapi kita yang melihat, mendengar apetah lagi yang telah menjadi mangsa keadaan ini pastinya rasa amat kecewa dengan keadaan ini apatah lagi sehingga ada insan yang tidak berdosa menjadi korban….Dimanakah moral mereka, adakah mereka ini manusia yang tidak punya sedikit pun perasaan belas dan kasihan..sehingga sanggup berbuat demikian. Tapi pada pendapat sayalah kan ….walaumacamana pun penguatkuasaan serta undang-undang yang tegas wajib dilaksanakan, bukan bermusim tetapi perlu diadakan pada setiap masa, tangkap bebudak ni pastu sumbat dalam penjara…..ikat kat pintu jail pastu bagi kerengga makan…he he… pastu baru basuh minded dieorang melalui aktiviti - aktiviti yang boleh menyedarkan mereka ni, seperti Biro Tata Negara ke, jadi askar kerahan ker ape ker….pihak kerajaan serta menerusi jabatan-jabatan yang sedia ada terutamanya Jab. Belia & Sukan kene cepat bertindak mencari jalan dan alternatif yang terbaik untuk menyelamatkan golongan muda ini dari terus leka dan lalai dengan permainan duniawi ini….Perbanyakkan program & XtVt tetapi bukan sahaja pihak kerajaan bahkan sebagai masyarakat (NGO’s, jiran tetangga dll) yang berada disekeliling mereka juga harus ambil peranan supaya sentiasa mengambil berat serta nasihat menasihati antara satu sama lain, peranan keluarga satu faktor yang amat penting dalam membentuk anak muda ini kerana pendidikan bermula dari rumah, barulah boleh wujud suasana “rumahku, syurgaku”, Tidak lupa juga kepada ilmu…kerana dengan tiadanya ilmu, jiwa seseorang itu kosong, tiada hala tuju….sesungguhnya ilmu itu perlu dikejar dan dicari dalam mendidik jiwa & rohani, kehidupan bukan setakat di dunia yang fana ini, tetapi alam akhirat sudah pasti menanti………Jangan kita menjadi insan yang rugi tetapi biarlah jadi insan yang diberkati oleh Ilahi, anak muda hari ini jadilah insan yang disegani tetapi bukan yang dibenci…

No comments: