Sunday, May 10, 2009

Alahai Mat Rempit.....!!

Budak-budak zaman sekarang ni tak tahulah apa nak jadi, kenapalah ada segelintir diantara mereka ni yang suka sangat ukur jalan apa tu namanya tu, alah remp-remp ishhh payah nak sebut haaa rempit tttttt, ish banyak benda lain yang lebih berfaedah nak dibuat awatlah merempit jugak yang jadi pilihan….bukan setakat merempit saja banyak pulak hal lain yang dibuatnya, kalau elok takpa ini tidak ! lebih banyak yang tak baik daripada yang baik-baik niiii…..Nak kata ada yang buat baik pun rasanya tak berapa nak baik kot !! Untuk nak dijadikan cerita, dulu masa kecik-kecik cikgu suruh masuk lumba lari 200m tak nak, suruh main masuk acara olahraga pun tak nak, suruh mengaji apatah lagi, sekarang merempit jugak yang jadi pilihan hati, lagi bertambah kacau siap ader pakej tambahan meragutlah, aper lah, itulah, inilah, haiiii sedih rasanya anak muda yang tak menghargai masa dan kehidupan mereka sendiri…tapi yalah kan….membebel, membebel juga…tapi terkilan sebenarnya tengok keadaan yang sebegini yang mana ramai nya anak muda hari ini terjebak dengan perbuatan yang tidak bermoral seperti ini, mereka mungkin tak rasa malu kerana mereka yang melakukannya….tetapi kita yang melihat, mendengar apetah lagi yang telah menjadi mangsa keadaan ini pastinya rasa amat kecewa dengan keadaan ini apatah lagi sehingga ada insan yang tidak berdosa menjadi korban….Dimanakah moral mereka, adakah mereka ini manusia yang tidak punya sedikit pun perasaan belas dan kasihan..sehingga sanggup berbuat demikian. Tapi pada pendapat sayalah kan ….walaumacamana pun penguatkuasaan serta undang-undang yang tegas wajib dilaksanakan, bukan bermusim tetapi perlu diadakan pada setiap masa, tangkap bebudak ni pastu sumbat dalam penjara…..ikat kat pintu jail pastu bagi kerengga makan…he he… pastu baru basuh minded dieorang melalui aktiviti - aktiviti yang boleh menyedarkan mereka ni, seperti Biro Tata Negara ke, jadi askar kerahan ker ape ker….pihak kerajaan serta menerusi jabatan-jabatan yang sedia ada terutamanya Jab. Belia & Sukan kene cepat bertindak mencari jalan dan alternatif yang terbaik untuk menyelamatkan golongan muda ini dari terus leka dan lalai dengan permainan duniawi ini….Perbanyakkan program & XtVt tetapi bukan sahaja pihak kerajaan bahkan sebagai masyarakat (NGO’s, jiran tetangga dll) yang berada disekeliling mereka juga harus ambil peranan supaya sentiasa mengambil berat serta nasihat menasihati antara satu sama lain, peranan keluarga satu faktor yang amat penting dalam membentuk anak muda ini kerana pendidikan bermula dari rumah, barulah boleh wujud suasana “rumahku, syurgaku”, Tidak lupa juga kepada ilmu…kerana dengan tiadanya ilmu, jiwa seseorang itu kosong, tiada hala tuju….sesungguhnya ilmu itu perlu dikejar dan dicari dalam mendidik jiwa & rohani, kehidupan bukan setakat di dunia yang fana ini, tetapi alam akhirat sudah pasti menanti………Jangan kita menjadi insan yang rugi tetapi biarlah jadi insan yang diberkati oleh Ilahi, anak muda hari ini jadilah insan yang disegani tetapi bukan yang dibenci…

SELAMAT HARI IBU....I LOVE U SO MUCH MAK...

Selesanya duk kat dalam ni, walaupun macam sempit tapi best sangat, selamat, nyaman sentiasa kene manje dan dibelai...kejap-kejap rasa lembut sangat kadang-kadang eh rasa mcam kasar pulak....yang pelik nya hari -hari rasa macam ader benda yang menyapu dan mengusap badan sayer ni....tenang sangat.. Lama jugak duk dalam ni, aderlah lebih kurang 9 bulan 10 hari lamanye..tup-tup pada 8 Julai 1982 hari Khamis, aku rasakan seperti aku ni meronta-ronta minta dilepaskan, aku seolah-olah dipaksa oleh suatu kuasa yang amat dahsyat, teriakan demi teriakan dapat ku dengari walaupun samar-samar, aduh sakitnya dia..seksanya..Kesian sangat, sedih ku mendengarnya...Yang aku ni walaupun X mahu ditarik2, dipaksa2, aku tetap terpaksa mengalah..akhirnya aku dilahirkan, aku berasa amat takut, X biasa dengan keadaan seperti ini, aku mahu dipeluk erat2....Tapi macamana aku boleh dilahirkan dan dapat melihat keindahan muka bumi ini, siapa pula yang menjerit-jerit kesakitan sebentar tadi..Ohhhh rupa2 nya dialah insan yang bernama Ibu....Insan yang begitu luhur hatinya dalam melahirkan ku, insan yang terpaksa bertarung nywa untuk memberikan ku peluang supaya dapat membesar dan bergelar anak kepada ibu dan ayahku....Aku dilahirkan dan dijaga oleh orang tua ku terutamanya Ibu sejak kelahiran ku hinggalah dewasaku, Tak pernah mengenal erti penat mahupun jemu dalam mendidik ku, walaupun susah dia sanggup berkorban dan berbuat apa sahaja agar anak2nya berjaya....Ohhh Ibu engkaulah permata hatiku, walaupun jarak memisahkan kita namun ibu sentiasa tetap di hati ku, setiap saat ku merinduimu....Ohhhh Ibu.....Terima kasih atas jasa perjuangan mu, terima kasih kerana mendidikku, terima kasih atas setiap doamu...Terima kasih atas segalanya, sesungguhnya setiap pengorbanan serta jasa mu tidak akan mampu ku bayar walaupun emas bergunung banyaknya....kerana tiada kasih yang mampu ku bayar semula....Kerana engkaulah insan yang benar-benar istimewa dalam hidupku....Terima kasih ibu....

Wednesday, April 1, 2009

PEMILIHAN PIMPINAN BARU UMNO

Perhimpunan Agung UMNO Ke-59 telah berakhir baru-baru ini. Keputusan pemilihan pucuk pimpinan dan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO penggal 2008-2011 jelas menunjukkan perwakilan membuat undian bijaksana, selektif lagi berpandangan jauh. Pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi kerusi Timbalan Presiden benar-benar jitu serta menepati ramalan sebagai gandingan mantap Datuk Seri Najib Razak untuk sama-sama menerajui parti ke arah masa depan lebih terbilang. Selain peralihan pucuk pimpinan, Perhimpunan Agung UMNO ini juga turut menyaksikan kekuatan baru UMNO apabila dua bekas presidennya yang berbeza yang berbeza pendapat – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad – memberi sokongan pada kepada kepimpinan baru pasti. Apa yang diharapkan barisan kepimpinan UMNO yang baru dan dikatakan pilihan yang tepat lagi mantap ini agar dapat menjalankan tanggunjawabnya kepada rakyat, agama, bangsa dan negara dengan terbaik.....Namun persoalannya adakah kepimpinan baru ini turut mendapat pilihan di hati rakyat ?

Tuesday, March 24, 2009

PENUBUHAN KERAJAAN BN DI NEGERI PERAK....

SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KITA SEMUA PERLU HINDARI PERKARA-PERKARA NEGATIF YANG BOLEH MENCEMAR NAMA BAIK DIRI, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA....JANGAN MUDAH TERBAWA-BAWA DAN TAKSUB DENGAN SESUATU ISU MAHUPUN PERKARA YANG HANYA SEKADAR DI DENGAR, DIBUAL TANPA MENGKAJI DAN MENGENALPASTI ADAKAH BENAR ATAU SEBALIKNYA SETIAP ISU YANG DI PERKATAKAN. AMAT SEDIH SEHINGGA ADA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG SANGGUP MENDERHAKA TERHADAP INSTITUSI DIRAJA YANG SEMEMANGNYA SELAMA INI KITA SANJUNG DAN HORMATI SEJAK ZAMAN BERZAMAN....TERFIKIR KAH KITA ATAS SETIAP TINDAK TANDUK DAN TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH SESETENGAH PIHAK YANG BERBUAT SEDEMIKIAN SAMAADA MEMBAWA KEBAIKAN MAHUPUN SEBALIKNYA KEPADA DIRI, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA YANG TERCINTA INI......MENYENTUH SOAL PENUBUHAN KERAJAAN BN DI NEGERI PERAK IANYA SUDAH TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK YANG TELAH MERANGKUMI BEBERAPA FASAL IAITU FASAL :-

Fasal 16(2)(a) : Duli Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan iaitu seorang ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu.

Fasal (16)(6) : Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonannya Duli yang Maha Mulia membubarkan Dewan Negeri itu.

Fasal (16)(7) : Tertakluk kepada fasal (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Duli Yang Maha Mulia tetapi seorang ahli majlis Mesyuarat kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakkan jawatannya.

Fasal (18)(2) : Duli Yang Maha Mulia bolehlah memeutuskan mengikut timbangannya sendiri pada menjalakan kuasa-kuasa yang tersebut dibawah (sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa yang pada menyempurnakannya dia boleh memutuskan mengikut timbangannya sendiri di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu - (a) lantikan seorang Menteri Besar (b) Keengganan memberi persetujuan kepada satu permohonan bagi pembubaran Dewan Negeri;

melalui keempat-keempat fasal yang telah disebutkan tadi, maka semua rakyat harus faham dan mengerti bahawa penubuhan kerajaan BN di negeri Perak telah mengikut perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak..Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia umumnya dan rakyat di negeri Perak haruslah menerima keputusan ini secara terbuka.......

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG..

KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG SEDANG NMENAJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI PILIHANRAYA KECIL P.59 BUKIT GANTANG SEMOGA MAJU JAYA DAN SYABAS DIUCAPKAN....MANAKALA KEPADA PARA PENGUNDI DAN MASYARAKAT DIHARAP DAPAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN MATANG & BIJAK DALAM MENENTUKAN PEPIMPIN YANG DIFIKIRKAN LAYAK MENTADBIR DAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN MERANGKUMI SEMUA ASPEK..IANYA TIDAK LAIN TIDAK BUKAN ADALAH DEMI KEPENTINGAN RAKYAT DAN MASYARAKAT SETERUSNTA DEMI NEGARA TERCINTA....

Wednesday, January 7, 2009

Kejer Macam Biasa

Hari ni kejer macam biasa....cumer aktiviti Kelab setia & Komuniti BESTARI jer yang belum On lagi....sebab kener tunggu wit peruntukan turun dulu baru boleh di On kan..Rutin harian still like before gak....meaby awal tahun so tak berapa banyak program2 yang dianjurkan oleh jabatan2 mahupun agensi2 kerajaan yg terdapat di daerah...ada tu ader tapi tak banyak lah....

Monday, January 5, 2009

KAJIAN NI.. BETUL KER ??

Masa kawan2 / Cintan Cintun !! :-
Lama X jumpe - Rindu

Baru 1 JAM X SMS - Kater X ingat

Bila tanya nak g mane ? saper yg tipun, SMS ? Bla...bla....bla..... - Ambil berat

Klu si adik Cemburu - si Abg Rasa di sayangi " Cemburu tanda Sayang lah kater kan"

Biler banyak cakap - memang funny lah U ni....banyak cakap "Peramah"

Biler si adik marah - Si abang diam.

Biler merajuk - Sedaya upaya Abang pujuk !!

Ramai kawan - Jeles, lebih kan kwn2..

Masa G jalan2/ronde2 - Jalan seiringan..

Tapi.........
Bila dah Kawin.......!! :-

Lama X jumper - X der nyer rindu2, lagi pun busy X sempat pun nak merindu2 ni..

1 Jam, 2 jam, 3 jam bla..bla..bla X SMS - X kisah pun

Bila tanya nak gi maner ? Saper tipun ? Saper SMS ? - Alah menyibuk jer... Cemburu buta kater nye..

Cemburu - Mengada-ngada, menyampah, boring..

Bila banyak cakap - Membebel, sakit telinga, bosan !!

Bila si isteri marah - Alamatnya kene marah lah balik X pun dia lak yg merajuk kat kiter..

Bila merajuk - Bawak2 lah pujuk diri sendiri, Putih lah mater nak tunggu kena pujuk..

Ramai kawan - Peduli pun tidak

Masa G jalan2/ ronde2 - Si Abg jalan depan, si adik tinggal belakang..